Pages

Monday, August 23, 2010

Aku Dan Kartun..

Tergerak aku nak bukak cite sal ni,gara-gara cite Spongebob yang aku baru abis tgk jab tadi. Hahaha. Aku paling suke kalau nak cite sal kartun. Rase cam pelik lak kan,umor da wajib kawin,tapi layan kartun lagi.. Ntah ape2 jek. Nak cite sejarah kartun kat malaysia ni,rase nye ne g Arkib Negara kot. Tapi yang aku tau la,kartun kat Malaysia memang da ada sebelum kemerdekaan lagi. Tapi dalam versi surat kabar la. Lebih berunsur humor sindiran. Sampai sekarang,trademark nye tetap same. Cuma zaman dulu,xde majalah Ujang ke,Gila-Gila ke. Lebih santai dan tak terlalu semak (penceritaan pendek,1 muka surat 1 kartun)... Then kartun sangat berkait rapat pulak ngan komik Cuma komik ni penceritaan nye panjang. Ade kala nya,lebih lama dari Sinetron Indon atau TeleNovela kt TV3 tu.. Ekekeke. Setiap komik ade peminat nye sendiri mengikut genre-genre tertentu. Antara nya:-

  • Elemen aksi (Dragon Ball,Misteri Naga,Pendekar Laut,Pedang Setiawan etc.) antara yang paling lama dan mendapat tempat di hati remaja-remaja Malaysia sekitar 1980-2000. Jalan cerita sangat-sangat la tersusun,kualiti lukisan A.
 

  • Elemen penyiasatan (Detective Conan,Penyiasat Remaja etc.) pulak amat digemari golongan pemikir yang aku bole kate NERD la jugak. Tapi kalau bagi aku,aku layan je.Jalan penceritaan pulak sangat terperinci (konon-konon nak ajak pembaca berfikir sekali la),tapi kualiti kartun aku bagi B je kot.


  • Elemen cinta........(Loveville-aie,Aku,Dia dan Volkwagon-ubi),tp ntah la.. Aku tak layan sangat pon komik camni,tapi kat Hobby Shop cina,ade buat sewa and yang aku tau,komik ni agak lucah.. Ampesssss..
            

  • Elemen sukan (Johan Bola Sepak,Prince Of Tennis,Initial D etc.) macam tak berapa dapat sambutan kat Malaysia ni tapi kan,kualiti kartun yang terbaik,ada dalam komik genre ni. Sape yang pernah layan Johan Bola Sepak tau la. Jalan cerita pun tak la panjang menjela. Kira santai la.


  • Majalah Humor (Ujang,Gila-Gila,Gelihati Apo? etc.) paling senang nak jumpe,kedai runcit pon ade jual. Golongan sasaran- 10 tahun hingga 50 tahun. Dalam 1 majalah mengabungkan ramai kartunis,penulis,artis grafik. Setiap kartunis pulak,ade trademark,penceritaan dan watak sendiri.


********************************************************


Tapi sebenarnye aku bukan nak cite sal ni.. Adei,meyimpang jauh suda. Aku nak cite tentang kartun animasi kat Malaysia sejak aku kecik sampai la aku berkawan baik ngan Spongebob n Patrick. Jom kite flashback balik. Awal 90an,kite di jamu dengan kartun-kartun nasihat. Sang Kancil Dan Buaya,Gagak Yang Bijaksana,tak pun Si Anjing Yang Tamak. Masa tu animasi camtu pun,da rasa kagum da. Hehe. Selang beberapa tahun,semakin banyak animasi dari luar masuk lam negara kite contohnye Conan The Barbarian,Pink Panther,Thunder Cat etc. Semakin kite melupakan animasi Gagak tu. Hehe.



Masuk sekolah rendah pulak,hari sabtu bagaikan hari paling wajib nak mengadap tv sampai ke petang. 
Aturcara bermula:- 

  • Jam 9-10 Pagi Tv2. Marvelous Hour. Cerita kartun melibatkan watak-watak dari komik Marvel. Spiderman and banyak lagi.. (Lupe la plak,maklum la da lame. Time tu pun HDD 128Mb je. Hehehe)
  • Jam 10-11 Pagi Tv3. KFC Hour pulak. Kali ni melibatkan watak-watak Disney's. Mickey Mouse,Donald Duck,Goofy. Tapi akal aku sebenarnye nak tengok awek cun yang mengacarakan rancangan tu. Cun poik..
  • Sekitar jam 11 sampai 1 petang,Ntv7. Jenis kartun setengah jam ni. James Bond Jr la,Road Runner la.
  • Siaran terganggu sekitar jam 2 sampai 5.30. (Puan Ibu nak tengok hindustan Tv3)
Bersambung semula jam 4.30. Power Ranger. (actually rancangan ni bukan nye kartun,tapi aku anggap ianya kartun sebab ketidakboleh penerimaan logik aku terhadap rancangan ni. Sampai la ni,cite nih masih berkumandang kat Tv2 tu dalam versi yang ntah hape ntah. (Yang 1st jugak masyukkkk). Robot pulak ber'elemen kan dinosor dan menatang purba. Paling top power ranjer merah. Konon-konon ketua kumpulan la,kalau nek robot dok tengah-tengah.(aku suke power ranjer puteh,pakai serunai kalau nak panggil robot die).





. Ending nak musnah kan reraksa dengan combine senjata-senjata diorang,then jadi 1 senjata bagak cam senjata anti pesawat taliban. Tapi itu masih belum berakhir,ketua penjahat akan bagi cure apenda ntah,membolehkan reraksa tu jadi besar. (Ni da macam cite Ultraman plak,lawan dalam bandar. Tapi bandar takde org plak :p). Dengan kuasa istimewa,diorang pun seru robot diorang. Last-last bercantum jadi 1. (sepakat membawa berkat kan). Ending,mesti la menang kan.
    Diatas cerita sekolah rendah,then sekolah menengah pulak. Seingat aku,ade 1 kartun je yang paling top,hingga kan aku sanggup ponteng kelas tambahan ari sabtu. Dragon Ball. Setuju?? Mustahil la kalau budak sezaman dengan aku,tak pernah tengok cerita ni. (ade excuse bagi sesapa yang tinggal dalam hutan). Yang tak best nye,iklan Apollo,cukup banyak. Nak-nak time tengah berlawan plak tu.. Penceritaan lebih panjang dari komik,tu yang buat animasi ni cukup lama (3,4 tahun jugak la). 




    Bila da tamat (the end),jadi bengong balik,sebab tak jumpa siri yang sehebat Dragon Ball. Tapi tak lama kemudian,aku mula tertarik dengan siri animasi perlumbaan,Initial-D. 




    Pencetus inspirasi aku untuk study lam automotive engineering. Dalam siri ni,watak utama Takumi Fujiwara,bawak kereta bapak die g berambat kat gunung blakang uma die. Ape yang menarik nye cerita ni? hehe suka untuk aku share perkara ni. Korang pernah tengok internal engine dalam versi kartun? keadaan piston termampat,gas turbo terdesir,gelinciran gear? Dalam cerita ini,pasti boleh nye. Watak dalam cerita ni pun nampak cool dan bersahaja. Watak protagonis pun,tak terlalu keterlaluan. Daya penarik cerita ni,mesti la KeretaRx-7,Mx-5 miata,Skyline,Evo's,Ek's n belambak-lambak lagi. 


    Heeeeee. Dari sini aku mula ♥ permotoran. 

    Abis study then kerja,namun minat aku tetap tengok kartun. Spongebob Squarepants,





    kartun bengong yang banyak maksud tersirat. Tapi kelakar. Puan ibu pon suke jugak. Lagi 1,Upin ngan Ipin,






    yang ni pulak benci nak tengok bukan ape,10 minit je. Baru nak layan da abis. Tengok kat Disney Channel lak,ari ni tengok episod 4,tetiba esok kua episod 12. Banyak lagi aku nak isu kan tentang kartun ni,tapi nanti-nanti la.Sayonara



























    1 comment:

    Anonymous said...

    Yess! Marvelous Hour kat Tv2 tu memang best! Tu tahun 98 dulu laa.. agak sampai awal tajun 2000 je kot rancangan tu. Yang KFC Hour/Chicky Hour tu asal pun kat Tv2 tahun 98, dalam tahun 99 rasanya pindah ke Tv3.. tapi pembetulan, yang melibatkan watak-watak Disney tu rancangan Kelab Disney Malaysia brader.. KFC Hour tu ada Monkey Magic, Slayer, Super Robot Monkey Team, Tommy & Oscar.. tu yang aku ingat laa ada kat Tv3 dulu. Tv2 dengan Tv1 banyak laa kartun yang boleh enjoy dulu.. petang2 pukul 5:30 (hari Sabtu-Ahad sampai 7:30) ada kartun Bimble Bucket, Pippi Longstocking, Ivon in the Yukon. Banyak laa kartun time tu. Katun Malaysia macam Yokies, Abang Sidi, Keluang Man, Usop Sontorian, Sang Wira. Tu lama punya laa tu. Tahun 98 dulu Tv1 ngan 2 meriah dengan kartun local. Tu tak cerita lagi siri Ultraman, walaupun macam Power Rangers yang bukan kartun 2D tapi dia masih kita kategorikan kartun jugak. Siri2 Super Sentai pun banyak kat Tv2 dulu.. Cyber Cop dulu aku suka dia punya costume. Lepas tu tahun 98 ada Big Bad Bettleborgs. Pun aku suka costume dia. Lepas tu ada laa siri Mask Rider yang tak best kat Tv2. Tak best Mask Rider/Kamen Rider atau Kesatria Baja Hitam ni sebab.. dia takde robot! Haha

    Tahun 2001, Tv3 pukul 7 dah start ada kartun. Time tu ada siri Ultraman 80, ada anime Mospaeda. Tu paling aku ingat laa.. banyak jugak kartun kat Tv dulu berbanding sekarang..

    Siapa ingat Max Steel yang original? Bukan yang baru yang ada Tachiyonic tu. Keluar kat Tv1 tahun 2002-2003 dulu. Tu belum cerita kartun legend macam Thunder Cat, Conan The Barbarian, Mighty Max yang aku tak laa suka sangat tapi aku tengok jugak sebab aku suka kartun. Aku ingat dulu aku suka layan Voltron. Lepas tu ada pulak versi 3D dia. Layan jugak laa.. masa tu aku budak lagi.. ni semua cerita zaman budak-budak laa ni. Dulu2 ana ada gajet untuk melalaikan kita. Kat rumah aku pun time tu cuma dapat channel Tv1-Tv3 je. Channel Mega Tv ke, Astro ke.. semua tu aku tau wujudnya kat page Intisari Rancangan dalam surat khabar. Dah lebih 10 tahun rasanya Tv1 jadi channel yang serius. Takde nak sumbat kartun Doraemon ke, Ako-chan ke.

    Tapi sejak Naruto mula keluar kat Tv3 tahun 2005 dulu, budak2 dah makin ramai taksub dengan anime/manga. Dulu kita layan kartun untuk suka2, apa yang keluar kat Tv, tu yang kita layan.. sekarang budak2 taksub lain macam. Tapi, taksub ke tak.. kartun Doraemon tetap paling legend! Anyway, pada BBNU yang kata animasi Jepun tu bukan kartun. Please jangan nak beriya. Anime tu maksud dia animasi. Walapun lukisan dan penyampaian dia berbeza dari kartun omputeh, tapi ia tetap kartun. Apa je bentuk animasi yang ada, ia tetap kartun.

    Related Posts with Thumbnails