Pages

Thursday, March 1, 2012

Fiksyen 302 Ramlee Awang Murshid



Novel ni aku beli semalam,terdorong atas saranan seorang kawan baik yang menyatakan aku seolah hilang budaya membaca dan tidak mahu menajamkan konteks penaakulan deduktif yang sememangnya dikurniakan pada ku... Ahaksssss.. Cukup2 la nk b'skema..


Ok,1st of all.. Tahniah Ramlee Awang Murshid aku ucapkan atas 3 sebab..


  1. Mhasilkan karya thriller psiko cm ni..
  2. Dikurniakan pemikiran sudut pandang yg amat2 luas.
  3. Mbuat aku jd berteka-teki sharian
hahahaha..


Mengupas ttg novel ni. 


  • Penceritaan novel ni sangat tersusun,walaupun kadang2 kita tpaksa melangkau dan imbas dr tahun ke tahun. Plot pun tersusun,walaupun ada penggunaan bahasa2 perubatan,sains psikologi yang aku sendiri xpernah dengar,macam tu jugak dengan bahasa Peguam. Tentang enakmen jenayah,akta2 dan sebagainya.
  • Watak-watak dalam novel ni sangat unik. Jangan tertipu dengan mereka. Sangat terancang dan tersusun.
  • Penceritaan nya agak berat,tp xpe,amik masa utk membaca. Tapi xpayah la nk skip smpai 2,3 hari. Takut mood nk berfikir tu lost.
Plot die serba sikit cmni,Fiksyen 302 mengisahkan tentang beberapa siri pembunuhan yang dilakukan oleh beberapa orang suspek dengan modus operandi yang serupa. Namun selepas ditahan, kesemua suspek itu terlepas dari hukuman gantung mandatori kerana didapati kurang siuman, bermasalah mental ketika melakukan pembunuhan. Yang best nya,kita sebagai pembaca akan bersungguh2 merungkai misteri siapa Zonan,Farid dan Fiza..

Kontrovesi dalam novel ni,aku kaitkan dengan Kes Psiko yg mgemparkan negara beberapa tahun lepas. Psiko dikatakan mdengar suara dr langit utk membunuh. Kes Pembunuhan Berprofil Tinggi.. Yang ni aku xnk kupas sgt,kang xpasal2 Special Branch PDRM serbu umah aku.. LALALALA.. Pandai RAM bermain dengan isu semasa,walaupun karekter xsama,tp aku dapat rase RAM pn berfikiran sama dgn aku ttg kes ni..

Korang pernah tgk Telemovie 7 LAGU,lakonan Farid Kamil,Tiz Zaqyah? Hampir sama dgn pnceritaan novel ni,cuma Telemovie 2 agak ringan dan x memaksa penonton Berfikir di luar konteks nyata. Sebaliknya novel ni. Quantum Leap,Time Travel,Mind Travel,Split Personality. Seolah penulis pernah melalui perkara2 itu.

Aku sangat teruja kalau novel ni di 'TV' kn. Aku maksud bia dijadikan Drama Bersiri,bkn di wayang,atau telemovie.. Sumpah x best kalau kt wayang,sbb 2 jam x cukup.. 

Untuk watak2 yang aku cadangkn menerajui cerita ni.
  • Lan Lani-Blont Palarea.
  • Jimmy Yeoh-Adam Corrie.
  • Prakash Kumar-Sashi Tharan (Estet)
  • Farid-Farid Kamil/Beto Khusairi.
  • Fiza-Emelda Rosmila
  • Alias-Remy Ishak
  • Rita-Tiz Zaqyah.
  • Dina-Fasha Sandha.
  • Hizamnuddin-Jalaludin Hassan

Watak2 lain,aku tinggalkan utk korang isi.. Hehehe..

Terima kasih RAM sbb hasilkn karya yang sempurna ni. Marilah kita tepuk tangan sebanyak2 nya kerana ianya karya yg sgt BAIK.. Dr 5 bintang aku bg 4 bintang setengah... Lg setengah bintang aku bg ps Novel ni di'TV kn.. HAHAHAHA...


P/S-Teruja sebab pertama kali bace novel THRILLER ;P

1 comment:

SuEkeHatiE said...

ciap ade cdangan utk watak2 lam novel lg...hahaha. gud2...

Related Posts with Thumbnails