Pages

Wednesday, February 9, 2011

Siapa Anda Tika Zaman Sekolah....

Ok jepppp.. aku nak berkongsi sikit dengan semua yang sanggup membaca... jua kenangan lalu yang tak mungkin aku lupakan sampai bila2... Agak2 kita ni jenis dari yang mana dulu time sekolah menengah ek? 





Jenis pertama, Pada budak lelaki yang berani + tak makan saman (Hero sekolah) jenis ni senang nak kesan. Dia laa paling kerek kat sekolah. Dlm hal disiplin nama tak pernah terkeluar dalam ranking Top 5 tapi serik bila kena then selalu tukar taktik hihihi. Mudah dapat makwe.. biasanya kalau sehari dua kenal pastu dah declare dah.. biasanya awek2 deorang nih cepat jeles maklumlah otai sekolah ramai yang minat. Kalau clash ngan awek burok benar mukenyer.. hihihihi tapi jenis ni tak ego dia sanggup cari member luahkan perasaan walaupun taiko. Mana pegi pon ada je yang ngekor (alahai yang mengekor tu pun.. 2x5 jerr..) macam samseng pon ada (Cait samseng taik kucing). Mula lah memember panggil mat bunga bila bercintan cintun. Kebanyakkannya yg jenis nih soal pendidikkan ilmiah mmg hampeh, pendek kata mengecewakan cikgu jer memanjang. Tapi bagus dia pulak banyak yg mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan. Suka tolong cikgu esp time ada majlis besar kat sekolah (bab clear dewan ngan hias dewan cukup minat lagi2 time jadual tgh jalan.. nak serong cara halal laa ni.. Pastu baik dengan certain2 cikgu. Tu sebab jenis nih susah cikgu nak pelangkung kalau buat masalah... cikgu sayang.. - Anti dgn Pengawas- 





Jenis kedua, yang alim2kucing banyak jenis nih (Nakal)... banyak org respek and suspek budak ni mesti scorer punyalah dlm exam.... lagipun sikap mcm bagus, padahal pelajaran boleh tahan jer cukup makan... banyak main kehkehkeh... jenis nih yang baikpun dia buat, yang jahat pun dia sapu gak kebanyakkan tgk kes laa. Jenis ni pon cikgu payah nak marah. Apa kes pun tak naik PIBG meeting punyalah.. Contohnya... Kelab Kaunseling muka dia ada, persatuan Agama pun dia masuk siap AJK lagik..Kelab Perpaduan pon ada.. kelab Seni Pertahankan Diri Tae-Kwan-Do pun masuk. Tapi kalau kena time Math tambahan (ehem2,bpak angkat Khairil) tambah pulak tu cikgu jenis garang ya'amat takpun time sejarah (cikgu kesayangan Hafizal@Ijai) tak sempat salin dari buku teks ke buku nota (Bila fikir balik tak relevan laa salin balik... dah ada kt teks baca jer lahh.. rupanya bila fikir2 balik kalau tak wat camtu kita pun tak baca... at least sambil menulis hihihihihi) tau tak serong kat mana? dalam pala otak tempat yang paling selamat ialah tempat yg paling bahaya... ingat nak wat sessi kaunseling ngan cikgu kaunseling (cikgu sabaniah,cikgu idola Saufi) kat bilik kaunseling at least buang sejam reka jer laa apa masalah pun.. fikir balik bahaya. Alih2 pi serong kat surau sekolah (kenangan kt surau raja jumaat dlu mmg best Fazlee Lazim,ekekeke,kosi terbang.. LARIIII)... cukup laa dalam 2-3 org lepak sembang ke tido ke. Pastu kantoi lak ngan pengawas sebab bising dalam surau time jadual tgh jalan sebab member se serong aku tu dah boring tak tau nak wat ape, dia pi main kejar2 sambil korek idung nak calit kat memember lain kehkehkehkeh... lawak siut game ni.. Bila kantoi tu alasan ape korang nak tau? nak sembahyang Zohor... Pekejadah baru pukul 11 pg muahahaha.. last last kaw tim, dengan pengawas2 sekali serong tapi tak buat selalu.. bila darurat jer. wahahaha kantoi ni jenis aku laa DULLU.......... maintain nakal... :) 





Jenis yang ketiga, jenis slow dan lambat pickup.... dalam kelas tak banyak cakap kalau tak kena bidang/ pengkhususan dia dah jd macam pendekar jer.. teragak2 jugak kita nak sembang. Jenis nih malas nak kacau orang dan dia sendiri tak suka org kacau. kalau kena usik confirm nangis punya. Jenis nilaa yg org suka nyakat. Tapi aku tak.. jenis ni dulu tgk jer macam tu rupanya gadget dia banyak woooo. Game kt umah mesti ada (Fareez), kalau kad tepok jenis ni paling banyak ada dan paling banyak sedekah (kes kalah laa.. kuikui) Diorang nih sensitif... kebanyakkan suka melukis dan mewarna, suka pada kengkawan yang faham citarasa dia espc budak pompuan.. kalau baik ngan kita pun leh main game playstation kat umah dia best wooooooo (aku antara yg terlibat)..... Soal pelajaran graf dia naik turun... kekadang bagus sangat kekadang tu down teruk. Aku pun pelik... X-File lah jenis nih! Tapi kalau bab Komik AlamPerwira, Lingkaran terkunci, Dewataraya, Pendekar laut, Jengking merah, Gila-Gila, Ujang, Doraemon dan tak lupa jugak komik yg datang dr hongkong yang 18SX tu puak ni banyak simpan.. nak baca tak faham tgk gambar jerla..keskeskes.. nak pinjam bollehhhh??? 





Jenis ke-empat haaa yang ni gred A dalam sekolah kira umpama beras basmathi yg rega dekat 50 hengget Faeiza Emas tu.. (Cait! terIklan pulak..) Perghhh cikgu semua tatang macam minyak yang penuh tangki treller tu... geng2 ni nak kesan senang jer.. kebanyakkan dah pakai spek, sentiasa smart tapi kadang2 tu comot gak, bawak botol air masak 1.5CC liter Megavalve (Macam Proton Saga daa...) Pensil case tak pernah tertinggal, tak pernah meminjam reta benda org, tgk mata pensil 2B Dia pun kita dah gerun sebab tajam gila (Alaa dia pakai sharpener mesin tu yg ragum kat meja...Patut laa tajam..) Kurang sembang perkara yang tak bermanafaat, lepas rehat suka naik library, Sukan kurang terampil. Sukar nak pengaruh joint benda bukan2. Nak jumpa pun payah (Niatpun nak pinjam buku latihan amali sebab nak tiru... Ceh!) very tight time frame (mcm YB) yer laa penuh dengan tuisyen laa ... Bila time jasmani kebanykkan suka main ngan budak pompuan. Dalam kelas, kalau tak dok saf pertama mesti saf yg kedua. Kalau tak, xsah! Sikap: Kalau tak jenis yang banyak tanya dalam kelas (yang ni selagi dia konfius dia akan tanya cikgu sampai cikgu pon konfius balik kahkahkah), mesti jenis pendiam... tapi jenis ni masa balik sekolah mesti selalu lepak dgn cikgu kat bilik guru... Oooo patutla dapat lebih.. huhuhu (Kalau dullu mesti gossip ada scandal ngan cikgu kehkeh.. member dengki) 





Jenis kelima.. yg nih penguat kuasa undang2 sekolah.. atau lebih dikenali sebagai Datuk Pengawas atau temenggung jugah muahaha. Simple je, nak kenal deorang nih pakai baju kaler hijau takpun biru siap tali leher lagik. Pemilihan ahli pengawas ni sebenarnya kebanyakkan dari campuran jenis ke 2 dan yang ke 4. Kadang2 yg pertama pun ada sebab bila dah pakai baju biru/hijau jenis nih segan nak wat masalah bijak betul cikgu yg pilih.. pengawas laa katakan...commitment bro.. (Tapi jenis ni lah yg makan rasuah ni.. tapi bukan semua..kikikikiki) memanglah sekolah akan selected yang akedemik dan sukan dia balance dan baik... dan tak semua jugak yang lepas dilantik jadi lagi bagus sebab banyak contoh yang makin hampeh sebab salah guna kuasa utk kepentingan peribadi.. Errrr sorry aku tak buat eekkkk... Apapun siapa yang baik dengan pengawas laa best sebab kalau ada berita panas cepat dapat lebih2 lebih lagi kalau ada spot check..... apelagi kengkawan... saper yang bawak walkman, komik, yang pompuan lipstick, bedak nyonya, majalah avon (Budak lelaki suka pinjam sbb nak baca part yang last alaa yang sinopsis tuu kehkehkeh) cepat cepat laa nyorok belakang papan tanda bilik tingkatan. Kantoi kalu.. sendrii mau ingat.. time nih pengawas pun tak leh rasuah sebab Pegawai Turus Operasi (Cikgu Disiplin) pun turun wat operasi dengan roti panjang tehehehe. 



Jenis Ke-Enam, Jenis nih aku maleh ahh nak citer panjang. pendek kata dah takder minat nak belajar....nak kenal jenis ni memang laa cukup senang. Blacklist memanjang. Buah tangan cikgu semua dia dah penah rasa tak ketinggalan buah ong bak dari cikgu disiplin. Rotan pengetua dari saiz ukur lilit 1cm sampai batang buluh pun aku ingat dia penah kene (Hamziatul,Ikhsan,Eee,Black hahaha). Tak pernah serik. Sikap... semua yang negative ada kalau ada yang positif pun bersebab. Kebanyakkan hal 'REBEL' ataupun memberontak. Cikgu pun tak tau nak wat per.. aku lagi tak tau nak citer camna.... kalau dalam Kungfu Showlin, jenis nih kira dah masuk Dark-Side kikikiki last sekali kena buang sekolah.... Bukan nak kata takder jenis ni zaman kita dulu... tapi dalam sekolah boleh bilang tak lepas 5 jari...... Hopely jenis ni dah berubah bila meningkat dewasa dan berjaya dlm hidup. Mungkin silapnya sedikit , cuma tidak memahami atau buat2 tak faham apa yang orang lain rasa dan EGO pada diri sendiri. 

Tapi student zaman sekarang mcm mana ek...................? Kene jentik sikit je pon,da nk sue cikgu,soh bapak pukul cikgu la,serang cikgu la.. Lembikkkk* Apapun yang aku rungkaikan disini hanyalah secebis pengalaman pahit manis dizaman persekolahan menengah ataupun rendah. Apa yang aku garap adalah kisah benar samada yg pernah aku lalui atau ada diantara kita lalui. Namun yang pasti kita tidak seperti dahulu lagi. ♥Betullah kata sorang cikgu aku dulu, kat sekolah kita ibarat ikan di dalam aquarium. Biarpun kita ada sedikit kebebasan tapi kita masih dikawal dan terkawal... namun bila kita habis sahaja alam persekolahan, kita ibarat ikan kecil yang mula membesar di lautan luas tanpa sempadan... baik buruk di tangan kita tentukan dengan akal fikiran yang waras. Namun dorongan ibu bapa, keluarga malah guru yang mengawal dan mendidik kita, menjadikan kita insan yang berguna (Thanx Cikgu@Kak Aida)♥. Nah! cuba lihat diri kalian... inilah diri kita yang nyata.... Kita kat jalan yang sepatut nye,atau da tersasar jauh? Kekadang,ape yg kita kecapi time sekolah,belom tentu kite dapat lakukan masa dewasa ni. Korang best student skola,dpt anugerah dekan ke,ketua jabatan ke,2 sume tak bagi korang tiket nak kerja best,gaji mahal pun. Semua nya atas diri sendiri. Kita adalah kita. Terus pandang ke depan. Ku petik kata2 Ijat ◄-bakal cikgu nih... ♥Kenangan zaman sekolah ni kite ley refresh je,da xboley rewind da.♥ So,teruskan ape yg da kita usaha kn selama ni,baik atau buruk,sume nya ada hikmah tersendiri...


5 comments:

Unknown said...

maka, anda jenis yg mana?

Rizan Harith said...

tiada dalam senarai diatas.. heeee

VioL3T_hEarT said...

punye citer..tp si penulis punye karekter tiada dlm senarai...

HoNestly iN ur liFe said...

huhuhuhu.. seronok jerkk bace.. klakar jugk eh...

Rizan Harith said...

tq

Related Posts with Thumbnails